Selesai sudah..


Semalam, 8/5/2009 hari terakhir aku menduduki peperiksaan. Juga hari terakhir menghadapi tekanan jiwa nak mengingat nota-nota. Al maklumla semua subjek semester ni dalam bentuk teori. Frekunsi otak dah kena tukar. Hari ni terasa ringan otak ni. 3 minggu menunggu. Tapi aku tak tahu apa yang nak dibuat. Padahal sebelum ni ada saja yang nak dibuat tapi tak terbuat. Pelik jugak. Rasa boring dah menerjah ruang hidupku. :nggaya:


Hari ni, aku tidur..biasa la tu kan. Sebelum ni pun tidur jugak. Hehe.. Tengok Shelo ngan Sheli aku. Tengok dianatang main2. Bagi makan. Boleh jugak isi masa. Makan...Biasa la tu. Kalau tak makan lapar pulak. Layan..Tengok cerita. Huhu. Lama dah tak melayan cerita berjam2. Sebelum ni asyik dok ngadap nota, pergi lab kom, discussion. Hari ni abes la jugak 2 cerita aku layan. Boleh la jugak aku kosongkan harddisk aku yang tak berapa nak boleh diisi da. Tu tak campur dengan cerita yang ada dalam harddisk komputer masa aku praktikal dulu. Tu pun tak ambik lagi. Ada la lebih 100 citer. Huhu. Tak muat hardisk.


Cuma satu yang bermain dalam fikiran aku dan member2 aku bila da abis belajar dan bakal bergelar pemegang ijazah sarjana muda. Pasni nak buat apa? Kerja apa? Nak keje kat mana? Ada kerja kosong tak? Huhu. Sedikit trauma kalau tengok dengan situasi sekarang. Yang menganggur secara paksarela pun ramai. Secara sukarela pun ramai. So, apakah jalan penyelesaiannya. Itu yang kita kena fikir. Mungkin ada yang nak balik rileks kat rumah dulu sebelum kerja. Ada yang mengikut arah angin jer. Kalau ada keje kosong, aku kerja, kalau tak ada aku dok saja2 jer. Ada jugak yang kalut menghantar resume.

Walau apapun setiap orang ada perancangan masing2. Ada arah tuju masing2. Bagi aku, apa yang penting kita jangan terlalu sangat memilih kerja. Rezeki semua dah ditetapkan. Pilih apa saja kerja yang dirasakan sesuai dengan citarasa sendiri dan memiliki kebolehan untuk mengeksploitasi apa kemahiran yang ada pada diri untuk kerja yang dipilih. Selagi kerja yang korang buat tu halal, teruskanlah dengan kerja tu. Berkattt..

Satu lagi, tak payah la nak menjaga standard sangat. Katakan kalau aku ni seorang lepasan ijazah ekonomi, tak payahlah aku nak berharap nak jadi pegawai yang tinggi dalam ekonomi. Selagi ada peluang, apa-apa kerja pun tak kisah. Hidup ni perlu diteruskan. Hidup ini juga perlu berdikari. Dah besar kan. Hidup ini jangan nak tunggu orang lain maju setapak baru nak ikut. Kita perlu menjadi diri kita. Persekitaran luaran perlu diperhatikan jugak. Tapi hanya sekadar sebagai panduan. Untuk meneruskan kehidupan.


Apabila berfikir pasal kerja, dalam benak aku ni banyak idea yang belum terlaksana. Ada yang senang, ada yang sukar. Masing2 memerlukan masa dan dan wang ringgit. Apapun aku perlu bertatih untuk sampai ke puncak. Aku perlu mendalami setiap idea dengan kemahiran dan ilmu. Selagi tak mencuba selagi tu kita tak tahu tahap kebolehan yang kita ada. "iPAT" salah satu sistem rangkaian internet yang membawa aku kepada idea yang entah ke berapa ni. Selagi tak terlaksana selagi tu la aku tak boleh menceritakan dengan jelas. Ini adalah salah satu idea aku. Aku nak laksanakan. Aku juga nak kongsikan dengan orang lain. Sekarang? Tak boleh. Tunggu apabila ia direalisasikan nanti.:ngacir:

Related Posts :



2 Comments »

Leave a comment

Sila masukkan emel untuk melanggan entri blog ini secara percuma:

Delivered by FeedBurner

Komen Terbanyak

Anda dan Pasangan

+ =

Cit..cit..cit..Hi
Follow me on Twitter ok..


Blog Kita

This blog is powered by Blogger. Theme: TheBuckmakerConverted by Wordpress To Blogger