2

 Mungkin berguna untuk aku

Hampir 2 minggu aku balik kampung bercuti. Maklumla da habis pengajian aku selama 4 tahun. Makin lama kat rumah makin tercari-cari kerja yang patut aku buat selain tidur. Bagi makan ikan, kura-kura, bersih halaman rumah, tengok cerita, dan termenung. Boring betul kalau otak tak berapa nak jalan ni. Makin lama makin berkarat. Parah ni.

Tetapi kebuhsanan ku tak selamanya menyengat kat hati dan fikiran ni. Aku dapat idea untuk berjinak-jinak dengan kirigami. Korang google la sendiri nak tahu apa tu kirigami. Buat permulaan aku guna 3 asas iaitu draw, cut and fold. Ini hasilnya yang aku dapat.











Baca Selanjutnya...



2

 Selesai sudah..


Semalam, 8/5/2009 hari terakhir aku menduduki peperiksaan. Juga hari terakhir menghadapi tekanan jiwa nak mengingat nota-nota. Al maklumla semua subjek semester ni dalam bentuk teori. Frekunsi otak dah kena tukar. Hari ni terasa ringan otak ni. 3 minggu menunggu. Tapi aku tak tahu apa yang nak dibuat. Padahal sebelum ni ada saja yang nak dibuat tapi tak terbuat. Pelik jugak. Rasa boring dah menerjah ruang hidupku. :nggaya:


Hari ni, aku tidur..biasa la tu kan. Sebelum ni pun tidur jugak. Hehe.. Tengok Shelo ngan Sheli aku. Tengok dianatang main2. Bagi makan. Boleh jugak isi masa. Makan...Biasa la tu. Kalau tak makan lapar pulak. Layan..Tengok cerita. Huhu. Lama dah tak melayan cerita berjam2. Sebelum ni asyik dok ngadap nota, pergi lab kom, discussion. Hari ni abes la jugak 2 cerita aku layan. Boleh la jugak aku kosongkan harddisk aku yang tak berapa nak boleh diisi da. Tu tak campur dengan cerita yang ada dalam harddisk komputer masa aku praktikal dulu. Tu pun tak ambik lagi. Ada la lebih 100 citer. Huhu. Tak muat hardisk.


Cuma satu yang bermain dalam fikiran aku dan member2 aku bila da abis belajar dan bakal bergelar pemegang ijazah sarjana muda. Pasni nak buat apa? Kerja apa? Nak keje kat mana? Ada kerja kosong tak? Huhu. Sedikit trauma kalau tengok dengan situasi sekarang. Yang menganggur secara paksarela pun ramai. Secara sukarela pun ramai. So, apakah jalan penyelesaiannya. Itu yang kita kena fikir. Mungkin ada yang nak balik rileks kat rumah dulu sebelum kerja. Ada yang mengikut arah angin jer. Kalau ada keje kosong, aku kerja, kalau tak ada aku dok saja2 jer. Ada jugak yang kalut menghantar resume.

Walau apapun setiap orang ada perancangan masing2. Ada arah tuju masing2. Bagi aku, apa yang penting kita jangan terlalu sangat memilih kerja. Rezeki semua dah ditetapkan. Pilih apa saja kerja yang dirasakan sesuai dengan citarasa sendiri dan memiliki kebolehan untuk mengeksploitasi apa kemahiran yang ada pada diri untuk kerja yang dipilih. Selagi kerja yang korang buat tu halal, teruskanlah dengan kerja tu. Berkattt..

Satu lagi, tak payah la nak menjaga standard sangat. Katakan kalau aku ni seorang lepasan ijazah ekonomi, tak payahlah aku nak berharap nak jadi pegawai yang tinggi dalam ekonomi. Selagi ada peluang, apa-apa kerja pun tak kisah. Hidup ni perlu diteruskan. Hidup ini juga perlu berdikari. Dah besar kan. Hidup ini jangan nak tunggu orang lain maju setapak baru nak ikut. Kita perlu menjadi diri kita. Persekitaran luaran perlu diperhatikan jugak. Tapi hanya sekadar sebagai panduan. Untuk meneruskan kehidupan.


Apabila berfikir pasal kerja, dalam benak aku ni banyak idea yang belum terlaksana. Ada yang senang, ada yang sukar. Masing2 memerlukan masa dan dan wang ringgit. Apapun aku perlu bertatih untuk sampai ke puncak. Aku perlu mendalami setiap idea dengan kemahiran dan ilmu. Selagi tak mencuba selagi tu kita tak tahu tahap kebolehan yang kita ada. "iPAT" salah satu sistem rangkaian internet yang membawa aku kepada idea yang entah ke berapa ni. Selagi tak terlaksana selagi tu la aku tak boleh menceritakan dengan jelas. Ini adalah salah satu idea aku. Aku nak laksanakan. Aku juga nak kongsikan dengan orang lain. Sekarang? Tak boleh. Tunggu apabila ia direalisasikan nanti.:ngacir:
Baca Selanjutnya...



0

 Senaman Yang Tidak Kurang Bagusnya



Banyak hari aku tak update blog ni. Banyak benda yang aku kena siapkan,kena fikirkan,kena rancang.Dan banyak sebenarnya yang nak share kat blog tapi tertangguh. Korang tahu tak macam mana tentera zaman dulu bina badan. Nak tahu?. Jom kita pergi ke timur tengah kejap tengok bagaimana tentera Islam kuatkan stamina diaorang nak lawan musuh. Mungkin ebook ni berguna untuk sesiapa yang nak belajar senaman untuk mantapkan badan. Tak payah nak angkat besi untuk badan cantik macam Sazali. Mungkin dengan senaman ini sudah memadai. Nak cuba?? Sedut la ebook ni.Download di sini





Baca Selanjutnya...



6

 Keredhaan vs Pahala


Entri kali ini mungkin agak peribadi dan menampakkan pujian diri sendiri. Tapi ini hanya teladan dan galakan kepada pembaca-pembaca blog ini. Mungkin situasi dalam cerita ini agak kecil dan tidak mencirikan materialiti untuk dikongsi bersama. Ianya mungkin sedikit sebanyak membawa aku dan korang untuk berbuat baik.



Dalam bulan ini ada beberapa perkara yang berlaku secara spontan tanpa aku sedari. Namun ianya disedari apabila aku buat post-mortem dalam 2,3 hari ini.


Semasa aku nak solat Jumaat minggu lepas, ada notis merayu memulangkan laptop. Laptop hilang kat masjid *****. Si budak ni mungkin tak ambil berat pasal keselamatan barangan dia. Suka hati jer letak. Pastu kira tawakkal. Jangan ingat yang datang solat tu semua hati baik. Itu yang kena ingat. Dah la rambut tak sama hitam, hati lagi la macam warna pelangi.. Wahai si penyangak. Kita perlu ingat, setiap harta itu mesti ada tuan milik yang berhak memilikinya.. Ini hanya selingan. Ok. Berbalik kepada cerita yang aku nak kongsi ni.

Situasi 1
Aku terjumpa pendrive kat lab semasa kelas komputer. Mungkin dah sebati dengan diri aku tak suka ambil barang orang sesuka hati. Aku cucuk pendrive tu kat PC kalau-kalau ada maklumat yang boleh aku tahu si empunya barang. Misi pencarian tak berjaya. Aku meneruskan misi jejak kasih. Dalam 3,4 hari akhirnya aku berjaya pulangkan kepada empunya diri. Siapa dia tu?? Kawan kepada kawannya kawan member kepada member aku. Selesai yang ni.


Dalam 2 minggu lepas giliran aku pula hilang nota. Puas aku cari. Memang tak boleh ingat dah kat mana nota tu. Aku tahu ini sebab kecuaian aku sendiri. Rupanya-rupanya, nota tertinggal dalam kelas. Seminggu baru aku sedar nota hilang. Kalau pergi cari pun memang sah da tak ada. Sampai aku tak study apa pun nak jawab kuiz subjek ni. Alhamdullillah, terbuka hati orang yang jumpa nota tulisan tangan aku yang tak berapa nak cantik. Kat nota tu hanya tertulis nombor telefon. Nombor pensyarah. Nama tak ada. Dia pulangkan kepada penyarah yang mengajar aku. Ni pun dikira nasib baik. Akhirnya dapat balik nota aku. Dapat jugak study untuk final ni. Syukur..


Situasi 2
Mungkin sesape yang rapat dengan aku akan tahu yang aku ni kaki lab komputer. Huhu. Macam cacing kepanasan la kalau tak datang lab selalu. Semasa tengah syok mengadap PC ni ada abang part time student datang sebelah aku. Pelajar pengurusan perniagaan. Mintak tolong aku ajar nak download soalan exam yang lepas-lepas kat internet. Aku layan abang ni. Sembang punya sembang rupa-rupanya dia ni pegawai JPJ. Dah 5 tahun kerja dengan JPJ ni. Kabel baik ni.
Hehe. "Kalau ada apa-apa hal pasal saman ker, apa ker tepon abang". Dia offer aku.. Dia bagi nombor tepon. Settle yang ni.

Minggu lepas aku nak ke Kedah. Naik motor nak ke stesen bas. Entah macam mana aku rasa nak masuk ikut jalan bertentangan. Terserempak ngan pegawai JPJ. Mampus aku kali ni. " Adik,bak tengok lesen'. Huhu. Cuak jugak aku. Tapi kena control macho. Sebelum aku bagi lesen, soalan kedua kiranya menyelamatkan aku keluar daripada mulut pegawai ni. "Awak tahu apa kesalahan awak?". Apa lagi. Aku pun mula la menggoreng ayat yang biasa aku praktik masa jawab exam kat matrik. Tak ingat dah lesen yang dia mintak tadi. ..."Maaf yerr bang". Lepas.. Fuhhh. Lega. Terlepas saman mandatori. Mungki ada hikmah di sebalik kejadian..
Baca Selanjutnya...



2

 Semoga Berjaya iLuvislam


Tahniah tutorial@iLuvislam kerana menyertai wordpress terbaik kategori MODERN AND ELEGENT dan telah disenaraipendekkan. Blog yang berunsur Islam,berdiskusi secara Islamik. Kebanggaan kepada Melayu dan Islam.



Petandingan ini adalah anjuran WPWebHost. Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan.



  • Clean & Minimalist
  • Retro & Vintage
  • Grunge
  • Hand-Drawing Style
  • Modern & Elegant
Semoga berjaya dan teruskan berdakwah.

Untuk keterangan yang lebih lanjut sila ke WPWebHost. Baca Selanjutnya...

Sila masukkan emel untuk melanggan entri blog ini secara percuma:

Delivered by FeedBurner

Komen Terbanyak

Anda dan Pasangan

+ =

Cit..cit..cit..Hi
Follow me on Twitter ok..

This blog is powered by Blogger. Theme: TheBuckmakerConverted by Wordpress To Blogger