Tercapaikah??


Tajuk entri ni ada kaitan dengan wishlists aku. Sejauh manakah dapat aku capai semua ni. Itu yang kita tak tahu. Di bawah ni aku senaraikan keinginan aku sejak zaman dulu-dulu sampai sekarang dan akan datang. Aku akan kemaskini dari semasa ke semasa. Rajin-rajin la jenguk yer.



1. Bela merpati dan arnab

Sejak sekolah rendah lagi angan-angan ni. Tapi tak dapat-dapat. (Ia terhalang oleh orang tua). Yea la kan. Merpati ni suka berak merata. Arnab pulak cepat membiak. Tak sempat nak jaga nanti. Tapi aku suka bela binatang ni. Bulunya halus. Bersih. Penjagaan rapi tu kena ada la.

2. Basikal
Masa sekolah rendah, ayah aku belikan satu. Kiranya hadiah la. Basikal shimano yang ada gear. Huhu. Rasa bergaya jugak la naik basikal pusing kampung. Masa budak-budak kan.
Masuk sekolah menengah dapat basikal lain plak. Yang agak besar sket. Tu pun sebab basikal lama da rosak. Banyak memudahkan urusan aku.

3. Laptop
Masa aku semester 2 kat Uitm beli laptop ni. Compaq jer. Rasa berpuas hati dapat beli dengan duit sendiri yang pinjam dengan PTPTN ni.

4. Motor
Masa sekolah menengah dulu da pakai motor. Tapi motor ayah punya. Tak bes la nak berbangga dengan harta mak bapak ni. Tapi masa semester 4 kat Uitm aku beli motor Lagenda 110Z. Huhu. Tercapai jugak aku dapat motor macam ni. Masa sekolah dulu memang da terliur nak beli motor camni. Cuma tak dak duit jer. Alhamdulillah aku dapat RM1000 bayar deposit. Abes semester ni abes la ansuran motor.

5. Kereta
Kereta yang aku suka buat masa sekarang ada 2. Toyota Camry dengan Estima. Kita tengok la nanti yerr.

6. Memiliki perniagaan sendiri

Tinggal tak berapa lama lagi aku nak abes study. Kalau ada rezeki insyaAllah tercapai.

7. Memiliki isteri
Sekarang...memiliki kekasih.. Belum memiliki 100%. Maksudnya belum dapat mengahwini. Pertemuan aku ni macam ikan dengan asam. Satu kat laut, satu kat darat. Jumpanya kat *****. Kalau ada jodoh, umur 25@26@27@28 jemputlah ke kenduri aku.

8. Melancong ke luar negara

Tak cukup kat dalam negara,aku nak jugak ke luar negara walaupun banyak kempen galakan melancong di dalam negara. Tempat utama aku kat China, Dubai, dan Mesir.

9. Membantu golongan miskin
Memandangkan aku ni daripada golongan yang agak kurang kayanya, banyak miskinnya, sejak sekolah lagi aku teringin membantu mereka yang dalam kesusahan khususnya keluarga terdekat aku untuk permulaannya. Niat ni insyaAllah kesampaian pada masa akan datang. Doa-doa la moga aku dilimpahi rezeki yang berlipat ganda apabila memijak dalam alam pekerjaan. Aku dapat merasai keperitan mereka yang kekurangan wang ringgit untuk menyara anak-anak sekolah. Sedihnyaa.


Bersambung....

Related Posts :



3 Comments »

Leave a comment

Sila masukkan emel untuk melanggan entri blog ini secara percuma:

Delivered by FeedBurner

Komen Terbanyak

Anda dan Pasangan

+ =

Cit..cit..cit..Hi
Follow me on Twitter ok..

This blog is powered by Blogger. Theme: TheBuckmakerConverted by Wordpress To Blogger