Keredhaan vs Pahala


Entri kali ini mungkin agak peribadi dan menampakkan pujian diri sendiri. Tapi ini hanya teladan dan galakan kepada pembaca-pembaca blog ini. Mungkin situasi dalam cerita ini agak kecil dan tidak mencirikan materialiti untuk dikongsi bersama. Ianya mungkin sedikit sebanyak membawa aku dan korang untuk berbuat baik.



Dalam bulan ini ada beberapa perkara yang berlaku secara spontan tanpa aku sedari. Namun ianya disedari apabila aku buat post-mortem dalam 2,3 hari ini.


Semasa aku nak solat Jumaat minggu lepas, ada notis merayu memulangkan laptop. Laptop hilang kat masjid *****. Si budak ni mungkin tak ambil berat pasal keselamatan barangan dia. Suka hati jer letak. Pastu kira tawakkal. Jangan ingat yang datang solat tu semua hati baik. Itu yang kena ingat. Dah la rambut tak sama hitam, hati lagi la macam warna pelangi.. Wahai si penyangak. Kita perlu ingat, setiap harta itu mesti ada tuan milik yang berhak memilikinya.. Ini hanya selingan. Ok. Berbalik kepada cerita yang aku nak kongsi ni.

Situasi 1
Aku terjumpa pendrive kat lab semasa kelas komputer. Mungkin dah sebati dengan diri aku tak suka ambil barang orang sesuka hati. Aku cucuk pendrive tu kat PC kalau-kalau ada maklumat yang boleh aku tahu si empunya barang. Misi pencarian tak berjaya. Aku meneruskan misi jejak kasih. Dalam 3,4 hari akhirnya aku berjaya pulangkan kepada empunya diri. Siapa dia tu?? Kawan kepada kawannya kawan member kepada member aku. Selesai yang ni.


Dalam 2 minggu lepas giliran aku pula hilang nota. Puas aku cari. Memang tak boleh ingat dah kat mana nota tu. Aku tahu ini sebab kecuaian aku sendiri. Rupanya-rupanya, nota tertinggal dalam kelas. Seminggu baru aku sedar nota hilang. Kalau pergi cari pun memang sah da tak ada. Sampai aku tak study apa pun nak jawab kuiz subjek ni. Alhamdullillah, terbuka hati orang yang jumpa nota tulisan tangan aku yang tak berapa nak cantik. Kat nota tu hanya tertulis nombor telefon. Nombor pensyarah. Nama tak ada. Dia pulangkan kepada penyarah yang mengajar aku. Ni pun dikira nasib baik. Akhirnya dapat balik nota aku. Dapat jugak study untuk final ni. Syukur..


Situasi 2
Mungkin sesape yang rapat dengan aku akan tahu yang aku ni kaki lab komputer. Huhu. Macam cacing kepanasan la kalau tak datang lab selalu. Semasa tengah syok mengadap PC ni ada abang part time student datang sebelah aku. Pelajar pengurusan perniagaan. Mintak tolong aku ajar nak download soalan exam yang lepas-lepas kat internet. Aku layan abang ni. Sembang punya sembang rupa-rupanya dia ni pegawai JPJ. Dah 5 tahun kerja dengan JPJ ni. Kabel baik ni.
Hehe. "Kalau ada apa-apa hal pasal saman ker, apa ker tepon abang". Dia offer aku.. Dia bagi nombor tepon. Settle yang ni.

Minggu lepas aku nak ke Kedah. Naik motor nak ke stesen bas. Entah macam mana aku rasa nak masuk ikut jalan bertentangan. Terserempak ngan pegawai JPJ. Mampus aku kali ni. " Adik,bak tengok lesen'. Huhu. Cuak jugak aku. Tapi kena control macho. Sebelum aku bagi lesen, soalan kedua kiranya menyelamatkan aku keluar daripada mulut pegawai ni. "Awak tahu apa kesalahan awak?". Apa lagi. Aku pun mula la menggoreng ayat yang biasa aku praktik masa jawab exam kat matrik. Tak ingat dah lesen yang dia mintak tadi. ..."Maaf yerr bang". Lepas.. Fuhhh. Lega. Terlepas saman mandatori. Mungki ada hikmah di sebalik kejadian..

Related Posts :



6 Comments »

Leave a comment

Sila masukkan emel untuk melanggan entri blog ini secara percuma:

Delivered by FeedBurner

Komen Terbanyak

Anda dan Pasangan

+ =

Cit..cit..cit..Hi
Follow me on Twitter ok..


Blog Kita

This blog is powered by Blogger. Theme: TheBuckmakerConverted by Wordpress To Blogger