Top SPM 2008-Di Sebalik Kejayaan


Tiada siapa yang dapat menyangkal kemiskinan bukanlah penghalang untuk berjaya. Demikianlah kejayaan yang dikecapi oleh anak seorang nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal yang mencapai 20A walaupun hidup dalam serba kekurangan.

Beliau menjadi sumber inspirasi kepada golongan miskin untuk berjaya dan meyakinkan mereka bahawa kemiskinan bukanlah penghalang bahkan ia adalah liku-liku dalam menggapai kejayaan. Kegigihan Madihah diceritakan sendiri oleh ayahnya yang mana beliau sendiri sanggup menyalin kamus sewaktu di tingkatan 3 disebabkan ayahnya tidak mampu untuk membeli dengan pendapatannya yang tak seberapa.

Selain itu, mungkin ramai tidak menyedari kualiti kecemerlangan Madihah bukan saja dapat dilihat daripada sudut kehidupannya yang seba kekurangan, tetapi ia juga dapat dilihat daripada sudut sekolahnya sendiri. Beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab Maahad Muhammadi Perempuan. Sekolah ini adalah di bawah pengelolaan Yayasan Islam Kelantan(YIK). Sekolah di bawah YIK mempunyai sukatan pelajaran yang sangat padat dengan subjek-subjek agama dari tingkatan peralihan sehingga tingkatan 5. Berikut adalah di antara sukatan pelajaran yang dipelajari oleh beliau:

Tingkatan 2 - Penilaian Menengah Rendah Ugama(PMRU):
1. Al-Quran
2. Tajwid
3. Nahu
4. Soraf
5. Mutalaah
6. Nusus
7. Ta'bir
8. Imla'
9. Khat
10. Tauhid
11. Fekah
12. Tafsir
13. Hadith
14. Sirah Nabawiah

Tingkatan 4 - Sijil Menengah Ugama(SMU):
1. Al-Quranul Karim
2. Nahu
3. Soraf
4. Balaghah
5. Insya'
6. Mutalaah
7. Tarikh Adab & Nusus
8. Akhlak
9. Tarikh Islam
10. Fekah
11. Tauhid
12. Tafsir
13. Hadith


Selain itu, pelajar tingkatan 5 masih lagi mengambil mata pelajaran agama bagi tujuan peperiksaan pertengahan tahun. Tidak hairanlah kejayaannya patut menjadi kebanggaan Malaysia.


Moral:
1 - Kemiskinan bukan penyebab seseorang tidak berjaya .
2 - Kehidupan dunia perlu selari dengan kehidupan akhirat.
3 - Keberkatan mendalami bidang agama mempengaruhi urusan dunia yang lain.

Related Posts :



0 Comments »

Leave a comment

Sila masukkan emel untuk melanggan entri blog ini secara percuma:

Delivered by FeedBurner

Komen Terbanyak

Anda dan Pasangan

+ =

Cit..cit..cit..Hi
Follow me on Twitter ok..


Blog Kita

This blog is powered by Blogger. Theme: TheBuckmakerConverted by Wordpress To Blogger