Doa Abu Darda'

http://abangwan.blogspot.com/

Salam,
Hidup ini tak selalu cerah,malam itu tak selalu indah..Suka dan duka adalah teman rapat semua insan yang bernyawa. Ada kala kita di atas. Ada kala kita dihempap. Bila Allah datangkan kenikmatan, semestinya kita mengangkat kesyukuran. Bila Allah timpakan sesuatu musibah, ingatlah itu adalah ujian-Nya kepada hamba-hamba-Nya.

Dalam menempuh hidup yang pelbagai ragam ini, suka abangwan kongsi satu doa yang dihadiahkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada sahabat baginda iaitu Abu Darda'. Jika sesiapa pernah buka kitab kecil Manzil pasti jumpai doa ini di akhir m/surat.

Pernah diceritakan pada zaman tersebut telah berlaku satu kebakaran besar yang memusnahkan deretan rumah. Pada waktu itu Abu Darda' tiada di rumah. Beliau dikhabarkan mengenai kebakaran tersebut. Namun tidak sedikitpun air mukanya menunjukkan kerisauan. Apabila beliau pulang, kesemua rumah terbakar kecuali rumahnya. Ditanya kepadanya apakah amalan yang dilakukan sehingga dijauhkan Allah daripada kecelakaan. Lalu beliau menjawab apa yang diamalkannya iaitu doa tersebut.

Khasiat doa ini adalah ia mampu memesongkan kecelakaan yang datang kepada kita baik siang atau malam dengan izin Allah. Mengikut apa yang abangwan tahu kaifiat membaca doa ini ada setiap kali iaitu selesainya solat subuh dan solat maghrib. Apabila dibacakan selepas solat subuh insyaAllah akan diselamatkan dari kecelakaan sehingga tiba maghrib dan apabila dibaca selepas solat maghrib insyaAllah diselamatkan sehingga waktu subuh keesokan harinya.

Doa ini sangat bermanafat untuk kita semua dan percayalah semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah dan dengan izinNyalah yang dapat mengangkat segala musibah daripada menimpa kita.

Related Posts :



Sila masukkan emel untuk melanggan entri blog ini secara percuma:

Delivered by FeedBurner

Komen Terbanyak

Anda dan Pasangan

+ =

Cit..cit..cit..Hi
Follow me on Twitter ok..


Blog Kita

This blog is powered by Blogger. Theme: TheBuckmakerConverted by Wordpress To Blogger